- Kata Adjektif, juga dikenali sebagai kata sifat, ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi.
- Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar
Jenis-jenis kata adjektif
Kata adjektif terbahagi kepada 9 subgolongan:
1.Kata Adjektif sifat/keadaan
menerangkan sifat keadaan atau seseorang
contoh: baik, cerdik, berani, lemah, kukuh, kemas, kejap, secantik, terkuat
Contoh ayat;
1.Penghulu yang baik hati itu sangat dihormati oleh penduduk kampung.
2.Semua murid berdiri tegak semasa lagu “Negaraku” dimainkan.
3.Kerja yang dilakukan secara gopoh tidak akan sempurna jadinya.
2. Kata Adjektif Warna
Contoh : Biru, putih, hitam,ungu,perang,jingga.
Contoh ayat;
1.Karangan itu hendaklah ditulis pada kertas putih.
2.Beg tangan hitam yang dipakainya itu dibuat daripada kulit buaya.
3.Semua peserta kem motivasi itu memakai pakaian seragam berwarna biru.
3. Kata Adjektif Bentuk
Contoh : Bujur, buncit, lurus, bengkok, lekuk, lonjong
Contoh ayat;
1.Meja makan itu berbentuk empat segi bujur.
2.Perut Hasan semakin buncit kerana sudah lama tidak bersenam.
3.Lukis garis lurus untuk menyambung kedua – dua titik itu.
4.Kata Adjektif Perasaan
Contoh:Kecewa, rindu, segan, gembira, ragu, sayang
Contoh ayat;
1.Encik Lim sangat kecewa dengan keputusan UPSR anaknya.
2.Dia rindu akan anaknya yang sedang belajar di luar negara.
3.Orang itu sesat jalan kerana segan hendak bertanya.
5.Kata Adjektif Ukuran
Contoh : Kecil, panjang, tebal, kerdil, tinggi, rendah.
Contoh ayat;
1.Rumah kecil di hujung sawah itu kepunyaan Pak Leman.
2.Dia menjolok buah itu dengan galah panjang.
3.Kamus Dewan ialah kamus yang tebal.
6. Kata Adjektif Jarak
Contoh : Jauh, hampir, dekat, nyaris, rapat
Contoh ayat:
1.Sekolahnya terletak sangat jauh dari rumahnya.
2.Rumah yang hampir sekali dengan masjid ialah rumah Ali.
3.Tempat kemalangan itu dekat dengan sekolah saya.
7.Kata Adjektif Cara
contoh : Deras, laju, segera, sering, lincah, perlahan
Contoh ayat;
1.Pengaliran air itu sangat deras selepas hujan lebat.
2.Bot laju itu direka khas untuk pertandingan.
3.Tindakan yang segera daripada pihak berkuasa amatlah diharapkan.
8. Kata Adjektif Pancaindera
contoh : Pahit, manis, busuk, pedas, merdu, payau
Contoh ayat;
1.Sabrina tidak mahu makan ubat batuk yang pahit itu.
2.Wajah manis gadis itu sungguh menawan hati.
3.Bau busuk dari kilang itu mengganggu penduduk kampung.
9. Kata Adjektif Waktu
Contoh : Baru, lama, segera, silam, lambat, cepat
Contoh ayat;
1.Mereka memakai baju baru ke majlis hari jadi itu.
2.Encik Murad suka mendengar lagu – lagu lama nyanyian P.Ramlee.
3.Di bandar itu terdapat banyak restoran yang menjual makanan segera.
Tq..siap kerja sekolah
ReplyDeleteSama sama
ReplyDeleteLincin
DeleteDekat
DeleteTq Min
ReplyDelete